.

Saturday, September 20, 2014

Kalau diikutkan dengan prestasi semasa dalam permainan, pasti ramai yang pelik kerana Real Madrid sanggup menjual Maria.

Antara pemain berbakat dan banyak sumbangan dalam pasukan Real Madrid.

Dan diganti oleh pemain yang baru meningkat naik dan menyerlah dalam Piala Dunia Brazil yang lepas, James Rodriquez.

Ada beberapa kemungkinan boleh menyebabkan keadaan ini berlaku.

Menurut Presiden Real Madrid, Perez, pembelian Rodriquez bukan disebabkan keperluan pasukan, tetapi disebabkan beliau menyerlah dalam saingan Piala Dunia.

Dapat dilihat bahawa pembelian Rodriquez bukanlah kerana keperluan, tetapi untuk penjenamaan.

Untuk jualan jersi dan jenama Real Madrid di Colombia, negara kelahiran Rodriquez.

Kalau diikutkan, nama Maria tak sepopular Rodriquez samada di negara kelahiran mahupun Eropah dan Asia.

Dengan populariti semasa Rodriquez, maka Real Madrid boleh menjana keuntungan segera melalui penjenamaan dan jualan jersi Rodriquez.

Seperti yang dilakukan Madrid melalui pembelian Ronaldo dari Manchester United, dan Bale dari Tottenham Hotspurs.

Kos pembelian kedua pemain ini dapat dibiayai oleh penjualan jersi kedua pemain ini.

Jadi, tak peliklah penjualan Maria dan pembelian Rodriquez berlaku.

Tagged: , , , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget