.

Monday, September 29, 2014

Tugas menjual bukan 1 kerja mudah dalam sesebuah perniagaan. Untuk menjual, kita perlu ada kekuatan yang cukup dari segi kekuatan produk dan juga ejen jualannya.

Sebagus manapun produk jika strategi menjualnya lemah, pasti akan gagal terjual.

Jual Secara Pakej

Untuk memastikan kekuatan produk anda, jualkan ia secara pakej. Jual secara pakej dalam 1 harga. Jika menjual secara Pakej,  produk anda bakal menjadi pilihan pelanggan.

Senario ini boleh terjadi kerana kebanyakan pelanggan kebiasaannya akan mencari sesuatu yg memudahkan urusan mereka. Jika sudah ada pakej, ia semestinya memudahkan pelanggan anda.

Pakej itu pula mestilah melengkapi produk yg anda jual itu. Elakkan membuat pakej yg tak ada kena mengena langsung dgn produk anda.

Seperti contoh, kebanyakan pemasar internet (IM), penjual ebook dan penjual produk digital menjual produk mereka secara pakej bagi memastikan kepuasan hati pelanggan dan juga membezakan produk jualan mereka dengan pesaing lain.

McDonald Jual Secara Pakej

Kita ambik contoh fast food no 1 Malaysia iaitu McDonald's.

Mereka menjual secara pakej dan ini menarik lebih ramai pembeli jika dibandingkan jika mereka hanya menjual burger sahaja.

Jika diikutkan logik, pasti McDonald's tidak akan berada di posisi mereka sekarang ini jika hanya menjual burger shj.

Pakej McDonald's bukan sahaja melibatkan produk lain yg digabungkan. Tetapi termasuk juga pakej servis yg disediakan. Walaupun tiada cas dikenakan secara langsung, tetapi pada dasarnya harga mereka sudah termasuk dengan produk dan servis yg mereka sediakan.

Pakej tidak semestinya gabungan produk dengan produk sahaja, ia boleh jadi juga gabungan antara produk dan servis. Seperti contoh, anda menjual Almari Pakaian di pakejkan dengan penghantaran dan khidmat pemasangan. Kan dah dikira pakej tu.

Pelanggan pasti akan memilih anda berbanding pesaing yang menjual almari yang sama, tetapi tiada khidmat pemasangan dan penghantaran.

Tujuan Pakej Untuk Memudahkan Urusan Pelanggan Kita

Apa yang penting, pakej perlu unik dan memudahkan pelanggan dan pembeli.

Oleh itu, sebelum menjual produk anda, buat study sikit untuk mencipta pakej yg sukar ditolak pelanggan.

Jualan secara pakej akan menggalakkan pembeli membeli kerana mereka bakal mendapat faedah yang lebih hasil dari 1 belian sahaja.

Lakukan sedikit kajian untuk pastikan apa yg anda pakejkan itu bersesuaian.

Sekian.

Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget