.

Monday, December 29, 2014

Sesi permulaan persekolahan untuk sesi 2015 ditangguhkan sehingga 12.1.2015 bagi memberi lebih masa untuk persiapan yang kebanyakannya terjejas oleh kerana banjir besar yang melanda 3 negeri pantai timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang.


Disamping beberapa kawasan di Perak dan juga di seluruh negara. Di KL juga ada banjir, banjir kilat kerana hujan yang turun agak lebat.


Semoga penangguhan pembukaan sesi persekolahan 2015 ini dapat memberi manfaat kepada semua seterusnya memberi lebih nasa untuk membuat persiapan terutamanya keluarga yang terlibat dengan banjir.

Sekolah yang terlibat dijadikan pusat penempatan sementara juga perlukan masa untuk diperbaiki semula.

Pastinya banyak kerosakan akibat banjir kali ini.

Apapun, semoga semua yang terlibat dengan bencana banjir kali ini lebih tabah dan sabar.

Tagged:

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget