.

Monday, July 22, 2013

Salam 1Malaysia,

Anda semakin buntu untuk menambah pendapatan sampingan kerana kos kehidupan semakin meningkat?

Anda buntu nak tambah pendapatan tetapi banyak peluang perlukan anda untuk menjual. Buat dan sertai kumpulan MLM yang memerlukan komitmen masa dan modal.

Jadi, apa kata anda cuba dengan menjadi seseorang yang menjana pendapatan tambahan dengan menjadi penulis.

Menjadi penulis tidak sesukar menjadi jurujual kerana sejak di bangku sekolah kita telah diajar menulis karangan. Jadi, apa yang kita perlukan adalah menambah ilmu agar bidang penulisan mampu menjana pendapatan sampingan.

Berikut merupakan antara cara yang boleh anda pilih untuk menulis dan menjana pendapatan tambahan.

1. Menulis blog.
Menulis blog adalah cara terbaik untuk melatih diri menulis dan menerbitkan tulisan kita untuk bacaan umum.

Dengan tulisan di blog, kita boleh mendapatkan feedback dari pembaca seterusnya meningkatkan mutu dan kualiti tulisan kita.

Inilah cara terbaik yang menjadi pilihan ramai untuk memulakan kerjaya sebagai penulis.

Sumber rujukan untuk Buat Duit Dengan Menulis Blog

2. Menulis novel.
Novel tak semestinya bercetak. Anda boleh terbit dan kongsikan novel karya anda melalui blog atau ebook. Ini dapat menjimatkan kos pengeluaran anda dan pastinya melatih tulisan anda sebelum diterbitkan dalam sebuah naskhah.

Bukti menulis novel memang boleh menjana pendapatan sudah terlalu banyak. Contohnya saudara Ahadiat Akasha dengan novel popular Lagenda Budak Setan yang sangat terkenal seterusnya di adaptasi dalam filem. Fauziah Ashaari yang menaikkan fenomena adaptasi novel ke filem dan drama menerusi novelnya Ombak Rindu.

Paling terkini adalah drama Ariana Rose yang baru sahaja tamat siarannya di TV3. Sudah banyak novel di adaptasikan dan ini membuktikan menulis novel berpotensi besar dan boleh menjadikan kita bebas kewangan. Bukan sekadar pendapatan tambahan.

Rujuk sini untuk Menjana Pendapatan dengan Menulis Novel

3. Menulis Surat Jualan.
Menulis surat jualan memerlukan kita berkemahiran mengarang dan menulis ayat yang mampu menjual. Jika kita berkemahiran dalam bidang ini, kita akan menjadi buruan ramai Internet Marketer (IM) yang memang senantiasa mencari mereka yang berbakat dalam bidang penulisan Surat Jualan.

Kebiasaannya surat jualan ini akan digunakan dalam pemasaran email atau website mahupun minisite jualan.

Untuk bidang menulis Surat Jualan ini kena rujuk mereka yang pakar dan kita boleh rujuk di Panduan Penulisan

4. Menulis Artikal dan Jual.
Menulis artikal dan menjualnya tidak sesusah menulis surat jualan mahupun menulis novel.

Jika tulisan bermutu memang ramailah yang akan berminat dengan karya tulisan anda. Kita boleh menjual karya artikal kita kepada blog, akhbar mahupun majalah-majalah.

Begitulah 4 perkongsian yang boleh membantu kita menambah pendapatan sampingan dengan penulisan dan menulis. Memang telah lama terbukti dengan menjadi penulis kita akan menambah pendapatan.

Tetapi sebelum terjun kebidang penulisan ini, lengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan dan untuk permulaan, bolehla dapatkan ebook terbitan dan keluaran yang ditulis oleh Tn Aqif Azizan.

Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget