.

Wednesday, July 3, 2013

Assalamualaikum,

Bulan Ramadan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Pastinya ramai sudah melakukan persiapan danri segi fizikal dan mental.

Persediaan kewangan pastinya paling utama kerana perbelanjaan akan meningkat dengan kehadiran bulan Syawal yang menjelang selepas itu.

Bagi yang bujang tu tak menjadi masalah sangat. Tetapi bagi yang sudah berkeluarga, wang yang mencukupi perlu ada untuk menyambut lebaran dan Syawal.

Ini menjadikan ramai peniaga dan usahawan bulan Ramadan. Mereka berniaga dan menjadi usahawan di bulan Ramadan sahaja demi menambah pendapatan untuk menyambut Syawal.

Seperti yang kita ketahui, Ramadan merupakan lubuk mencari rezeki bagi ramai peniaga dan usahawan selain dari lubuk untuk melipat gandaka  Pahala kita.

Antara perniagaan popular di bulan Ramadan adalah perniagaan di Bazaar Ramadan. Menjual makanan dan juadah untuk berbuka puasa. Ini antara perniagaan yang paling popular dan paling mendapat sambutan ramai di bulan Ramadan.

Perniagaan lain adalah meniaga di Bazaar Ramadan di Kompleks Perniagaan dengan menjual pakaian, kuih raya dan juga barang perhiasan rumah. Ini pun pasti mendapat sambutan ramai.

Bentuk perniagaan yang ketiga ini paling selesa dilakukan di Bulan Ramadan kerana tak penat dan boleh dilakukan di rumah sahaja. Ia adalah menjadi peniaga Bazaar Online. Anda boleh meniaga barang seperti Kelangkapan Rumah, Perhiasan Rumah, Aksesori Perhiasan Diri, Kuih Raya, Baju dan sebagainya yang berkaitan bulan Ramadan dan Hari Raya.

Selidik di internet produk yang berpotensi dijual di bulan Ramadan dan jadikan ia perniagaan anda untuk menambah pendapatan.

Walaupun banyak persaingan, anda perlu mencuba dan jika mahu lebih dari pesaing anda, maka anda perlulah lakukan kempen pemasaran luar biasa. Banyak medium pemasaran yang bokeh anda pilih. Medium berbayar sangat bersesuaian jika anda ingin lebih menonjol berbanding pesaing anda.

Sekian. Jadikan bulan Ramadan sebagai bulan pencetus perniagaan anda. Tetapi jangan lupa amal ibadat yang sangat berganda pahalanya.

Tagged: , ,

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget