.

Friday, December 5, 2014

Tak tahulah kalau memang itu kosnya. Tapi berdasarkan pengamatan aku memang mahal kot.

Handphone Asus Zenfone 6 aku jatuh dan skrinnya pecah, tapi boleh pakai lagi.

Dan nak pegi repair kat satu kedai nie kat Kepong, tanya kosnya berapa dulu, Pas Tu dia cakap RM400 satu set.

Mestilah terperanjat monyet aku sekejap. Terus tak jadi nak repair. Pakai jerla selagi boleh pakai. Kos nak sukarnya dah macam beli handphone baru.

Rasa macam mengarut jer. Aku tak tahu la sebab apa ia jadi mahal macam tu.

Pada yang ada pengalaman pakai Asus dan mengalami kerosakan macam aku, memang kos repairnya semahal itu ke?

Handphone dah tip top, laju sebab ram 2gb, gambar pun clear, maklumlah 13 megapixel, tapi sampai bab repair memang mengejutkan.

Tapi aku nak cuba pergi tanya kosnya repair kat Low Yat pulak minggu depan. Manalah tahu murah sikit.

Kalau mahal jugak memang tak repairlah jawapannya. Tunggu beli handphone baru jerla.

Lepas dapat tahu kos repair kat Low Yat, aku akan buat post kat sini.

Sharing is caringkan...

Tuesday, December 2, 2014

Tengok gambar kereta konsep Audi yang dikongsikan di sebuah FB page nie dah terpegun aku melihatnya.

Belum keluar kat jalan raya lagi. Kereta konsep tang sangat menarik dan tersangatlah WOW.

Jom kita tengok tengok kereta Konsep Audi:







Senarai Top 3 pemain terbaik dunia 2014 dah dikeluarkan oleh FIFA.

Pemain yang tercalon adalah:


Dua teratas tu aku dah boleh jangkakan. Cuma pemilihan Manuel Neuer tu aku tak jangka.

Aku jangkakan Philip Lahm yang juga kapten Juara Dunia German yang akan tercalon. Meleset jangkaan aku.

Dan untuk Top 3 Jurulatih Terbaik 2014, yang tercalon adalah:


Dua calon dari kelab dan 1 lagi dari pasukan kebangsaan yang juga Juara Dunia Germany.

Jangkaan aku yang akan menang Fifa Balloon D'or 2014 adalah Ronaldo.

Manakala Coach Of The Year 2014 adalah Joachim Low.

Kalau meleset jugak tak taulah. Sama samalah kita tunggu keputusannya.

P/s: tahun depan Pablo Dollah Salleh akan tercalon kot.

Monday, December 1, 2014

Nampak FAS sudah dapat menandatangani pemain pertahanan import baru bagi menghadapi musim Liga Malaysia 2015.

Pemain pertahanan ini bagi menggantikan khidmat Pentelidis yang tidak disambungkan kontraknya kerana prestasi kurang memberangsangkan.


Pemain import baru Selangor, Robert Cornthwaite ini juga berasal dari Australia. Sama kewarganegaraan dengan Coach  Durakovic.

Diharap prestasi sistem Robert ini akan cemerlang bagi memperkuatkan barisan pertahanan Selangor bagi hadapi saingan liga yang semakin mencabar.
Alhamdulillah, dah masuk pun kita ke bulan Disember. Bulan terakhir untuk 2014. Dan ini adalah entry pertama yang membuka tirai bulan Disember ini.

Entry berkenaan kes kecurian yang berlaku di sebuah majlis perkahwinan di Melaka yang dah jari viral di FB dan lain lain social media


Perkara ini elok untuk dijadikan iktibar dan peringatan buat semua yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan di rumah.

Waktu tuan rumah sedang sibuk menguruskan perarakan pengantin, pada masa inilah mereka beraksi.

Kita tengah sibuk, manalah nak tengok siapa yang masuk rumah kan?

Apapun jadikan kes pencuri di majlis kahwin di Melaka ini sebagai 1 peringatan.

Lepas ini, kalau buat majlis, khaskan 1 bilik yang berkunci untuk simpan barang barang berharga.

Kunci dan tak perlu selalu keluar masuk di situ. Kadang kadang saudara mara pun ada jugak yang agak panjang tangan. Tu kena beringat selalu dan jangan terlalu percaya walaupun saudara mara.

Almaklumlah, harta seperti smartphone, ipad, tablet, dan macam-macam lagi nie ada permintaan tinggi. Kalau lalai memang senanglah orang lain nengebasnya.

Apapun, kes kecurian di majlis kahwin kat Melaka nie betul betul membuka mata ramai tuan rumah selepas ini.

Sebelum nie ada jugak aku dengan kes kecurian di majlis kahwin, ada yang hilang set barang kemas dan sebagainya. Tapi pencuri tak terkantoi.

Kalau dah terkantoi macam pencuri kat Melaka nie, memang glamor seglamornyalah kak tu. Masuk facebook dan dah jadi viral.

Apapun peringatan sekali lagi, jangan lalai dan jagalah harta sendiri tanpa nak harapkan orang lain.

Sunday, November 30, 2014

Alhamdulillah. Tepat tengah malam nie masuklah kita ke bulan terakhir 2014. Bulan disember. Sekejap jer kan rasanya dan masuk bulan 12.


Untuk blog ini, banyak pembaharuan dan aku buat pada bulan November ini. Salah satunya aku upgrade ke domain dot com. Dari razishamit.blogspot.com ke www.razishamit.com

Kalau ikutkan, aku dah berblogging sejak 2008. Tapi blog ini aku wujudkan sejak 2011 lagi. Lama jugakla tu. Dah lebih kurang 3 tahun wujudnya blog ini.

Blog sebelum ini ada lagi. Cuma kurang update dan aku lebih fokus kat blog Perkongsian RH ini.

Sebelum ini memang suam suam kuku jer blog ini sebab update pun sebulan 5 atau 6 jer. Paling banyak pun 10 atau 11.

Tapi bulan 11 nie memang luar biasa mood nak update blog nie. Sampai 46 posting dapat dipublish bulan ini. Termasuk post yang ini adalah 47.

Paling banyak setakat ini. Average 1 hari 1.5 posting aku publish. Kita taip tiap harila aku update Blog ini.

Untuk bulan 12 yang akan tiba beberapa jam jer lagi nie, aku harap dapat terus kekal update blog perkongsian RH ini supaya ia terus kekal ada dalam dunia blogging yang semakin mencabar.

Gaya penulisan tetap akan sama, aku akan tabur jer, tak nak skema sangat. Tapi tetap ada batas bahasa aku akan ikut. Taklah tabur sangat pun sebenarnya.

Dan paling penting, harap blog ini akan terus naik dan naik pembacanya. Sekarang setakat cukup cukup makan jer.


Itu untuk blog, untuk bisnes tak banyak perbezaan macam bulan bulan sebelumnya.

Sibuk tetap sama cuma bertambah sikit sebab dah mula cuti sekolah.

Harapan untuk bisnes di bulan 12 pula macam biasalah, nak sales naik berganda ganda untuk tahun depan 2015.

Staff baru akan masuk lagi 2 orang. So, memang kena push mereka buat sales banyak banyak dan banyak.

Semoga bulan 12 ini kita lebih cemerlang. Cemerlang dunia dan cemerlang ke arah akhirat. Amin
Semakin menjadi trend sekarang ini ada kambing golek di majlis kahwin.

Kalau dulu majlis yang agak agak elit sahaja ada kambing golek nie. Sekarang majlis kahwin pun dah ada kambing golek.


Memang syok. Menjadi pilihan ramai. Kalau setakat 1 ekor tu, tak sampai sejam dah clear. Licin tinggal tulang jer.

Siapa yang datang awal tu, Alhamdulillah akan merasa. Rezeki datang awal ke majlis. Kalau datang lambat memang tak ada rezekilah.

Antara faktor yang menyebabkan ramai pengantin sediakan menu kambing golek nie sebab kos yang sederhana. Mampu beli.

Kalau kambing golek untuk akikah jer yang akan mahal sikit sebab kambingnya fresh dari ladang.

Hari ini function yang aku jaga ada sediakan kambing golek. Special sikit function kahwin kelolaan ISDA Catering & Wedding Planner hari ini sebab ada kambing golek.

Kalau bakal pengantin nakkan kelainan di majlis kahwin anda dengan sediakan menu kambing golek, boleh tanya PIC dari ISDA Catering.

No ada tertera di gambar kambing golek kat atas tu. Atau boleh terus rujuk ke www.isdacatering.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get this widget